'Durian runtuh' menanti Aaron-Wooi Yik

‘Durian runtuh’ menanti Aaron-Wooi Yik

AARON Chia-Soh Wooi Yik.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ganjaran wang tunai hampir RM220,000 setiap seorang bakal diterima beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, semalam.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan, beregu negara itu yang kini berada pada ranking No.6 dunia akan menikmati insentif berjumlah RM220,000 seorang untuk peringkat awal.

Ujarnya, BAM memperuntukkan RM150,000 setiap seorang selain sumbangan RM50,000 (setiap seorang) daripada Yonex serta RM20,000 (setiap seorang) menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

“Untuk peringkat awal, BAM akan berikan mereka RM150,000 setiap seorang. Yonex juga akan berikan RM50,000 seorang sementara SHAKAM memperuntukkan RM20,000 setiap seorang,” katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-56 selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Tambahnya lagi, jumlah ganjaran tu dijangka meningkat selepas dia mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta pemegang taruh bagi menambah insentif lain.

“Saya akan bincang dengan Menteri agar mempertimbangkan jumlah yang sesuai, begitu juga dengan pemegang taruh yang lain agar mereka (Aaron-Wooi Yik) menerima ganjara yang berbaloi.

“Selain itu, saya juga sudah bercakap dengan Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara) untuk tingkatkan nilai ganjaran. Semua urusan itu sedang berjalan,” ujarnya.

Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian Malaysia untuk merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Dunia selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya