Calon giliran 2020, 2021, 2022 keutamaan kuota haji 2023   - Utusan Malaysia

Calon giliran 2020, 2021, 2022 keutamaan kuota haji 2023  

Seorang petugas haji dipeluk oleh ibunya sambil mengendong anaknya sejurus tiba dari tanah suci pada penerbangan terakhir bagi musim haji 1443H/2022M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lembaga Tahun Haji akan memberi keutamaan kepada calon bakal jemaah yang giliran pada 2020, 2021 dan 2022 untuk mengisi kuota pada musim 2023.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya memahami keluhan calon terbabit yang gagal ditawarkan kuota haji untuk musim 2022 kerana faktor usia.

“Ini termasuk mereka yang berumur 65 tahun dan  ke atas tidak terpilih disebabkan syarat baharu  Arab Saudi melarang bakal jemaah usia itu menunaikan haji pada tahun ini,” kata beliau ketika  menyambut kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji seramai 284 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia kali ini menerima kuota rasmi sebanyak 14,306 orang susulan langkah kerajaan Arab Saudi mengehadkan kemasukan jemaah luar negara dengan cuma seorang meninggal dunia.

Situasi tersebut bermakna ada baki sebanyak 17,294 orang yang giliran mereka pada 2020  selain calon untuk giliran 2021 dan 2022 turut tidak ditawarkan haji bagi musim kali ini.

Justeru, beliau berharap, mereka yang tidak dapat mengerjakan haji untuk tempoh tiga tahun sejak 2020 lalu bersabar dan terus berdoa kepada Allah bagi dipermudahkan urusan.- UTUSAN

 

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya