TEMOHON (Sulawesi Utara): Seorang bapa pilu apabila menemukan anak gadisnya yang berusia 12 tahun terbaring lemah selepas dirogol beramai-ramai oleh lima pemuda.
Jurucakap polis, Jules Abraham Abas berkata, kejadian itu terbongkar selepas bapa berkenaan mencari remaja perempuan yang dikenali sebagai Bunga itu ekoran tidak pulang ke rumah.
“Bunga kemudiannya dibawa pulang sang ayah. Dalam perjalanan, mangsa menceritakan apa yang telah dia alami.
“Ayah mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut ke balai polis Tomohon,” tambah Jules.
Ekoran laporan itu polis telah bertindak menahan lima pemuda yang merupakan suspek utama kejadian tersebut.
Semua suspek berusia 16, 17, 19, 20 dan 25 tahun.
Memetik TribuneNews, Jules berkata, para suspek telah memaksa mangsa meminum minuman keras sebelum dirogol bergilir-gilir dalam bilik setelah mangsa tidak berdaya.
Katanya, kejadian bermula apabila mangsa diajak oleh dua rakannya ke rumah seorang lagi rakan yang berusia 20 tahun.
Dalam rumah tersebuh sudah menunggu suspek lain dan untuk memeriahkan suasana salah seorang suspek telah keluar membeli minuman keras lalu berpesta hingga mabuk termasuk memaksa mangsa meminumnya.
Kelima-lima suspek kemudian bergilir-gilir merogol mangsa dalam bilik di rumah pemuda yang berumur 20 tahun.
Kesemua suspek telah ditahan dan bakal berhadapan tuduhan merogol gadis bawah umur.