Ayam bertelur saiz `bulat’ - Utusan Malaysia

Ayam bertelur saiz `bulat’

TWINSKIE menghasilkan telur berbentuk bulat sempurna. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita terkejut selepas mendapati ayam peliharaannya menghasilkan sebiji telur bersaiz bulat yang sangat jarang ditemukan di dunia. 

Lapor Daily Mail, Annabel Mulcahy menemukan telur luar biasa yang dijangka mampu dijual pada harga kira-kira 500 pound (RM2,710). 

Katanya, ayam peliharaan bernama Twinskie menghasilkan telur bersaiz bulat di rumahnya di Brize Norton, West Oxfordshire, Sabtu lalu. 

Menurut Mulcahy, dia bersama ahli keluarganya memelihara ayam sejak 20 tahun lalu,  disebabkan minat kedua-dua anaknya.

“Sabtu lalu, saya membuka kotak dan ternampak sebiji telur ayam berbentuk bulat sempurna.

“Saya membuat carian di Google dan mendapati telur itu jarang ditemukan. Sungguh pelik,” katanya.

Jelas Mulcahy, dia kemudian memeriksa telur ayam itu dengan lebih teliti termasuk membandingkan dengan telur ternakan lain.  

“Telur ayam itu bulat sempurna sehingga ia mampu bergerak di atas meja seperti guli,” katanya.

Mulcahy juga memuat naik gambar telur ayam itu bersama telur berbentuk bujur lain dan jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Tambahnya, telur itu tidak akan dimakan dan akan dijual di platform eBay.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN