Alibaba Cloud lancar program Digital Heroes

Alibaba Cloud lancar program Digital Heroes, perkukuh komitmen mereka di Malaysia

alibaba cloud
(Dari kiri ke kanan) Pengurus Besar Indonesia, Malaysia dan Vietnam Alibaba Cloud Intelligence, Leon Chen; Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Pengurus Besar Malaysia, Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang;Dr. Adham Baba; Naib Presiden, Pengurus Besar Cloud Service Enterprise, Alibaba Cloud Intelligence, Xiong Wuzhen ketika melancarkan Program Digital Heroes sempena Sidang Kemuncak Alibaba Cloud Day KL 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud, tulang belakang teknologi dan kecerdasan Alibaba Group, semalam telah melancarkan inisiatif untuk bakat baharu dan mempamerkan pelbagai penyelesaian inovatif berasaskan awan pada Sidang Kemuncak Alibaba Cloud Day KL bagi memperkukuhkan komitmen mereka dalam menyokong proses pendigitalan Malaysia. 

Dengan kehadiran Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba, peneraju perkhidmatan pengkomputeran awan itu melancarkan Program Digital Heroes, satu inisiatif pengukuhan bakat digital di seluruh negara yang bertujuan untuk bukan sahaja memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda, tetapi juga berhasrat untuk merapatkan jurang antara akademia dan industri, di samping menyediakan tenaga kerja digital yang kukuh di Malaysia. 

Sebagai langkah untuk memperluaskan jejak digital Alibaba Cloud ke lebih banyak negeri di Malaysia, Program Digital Heroes merupakan satu evolusi bagi Alibaba Cloud Academic Empowerment Program (AAEP), satu inisiatif yang mengukuhkan bakat digital baharu melalui bantuan institusi pendidikan bertauliah yang mengambil bahagian. Dibina berdasarkan program amali dan inisiatif AAEP yang terkini, Program Digital Heroes merangkumi tiga bidang utama baharu termasuk MY Digital Talent in U Competition, Nationwide University Tour dan Student Ambassador.

  • MY Digital Talent in U Competition, pertandingan terbuka untuk pelajar dan kakitangan akademik untuk mula meneroka dunia pengkomputeran awan dengan program latihan dan kursus yang disediakan;  
  • Nationwide University Tour, lawatan universiti seluruh rantau yang mendidik dan memperkenalkan pengkomputeran awan mendalam kepada bakat tempatan bersama pembangun perniagaan, arkitek penyelesaian daripada Alibaba Cloud, dan pemain utama industri yang terpilih;  
  • Student Ambassador, program yang memberi peluang untuk pelajar tempatan mengambil bahagian dalam acara Alibaba Cloud yang akan membantu mengasah lagi kepimpinan, profesionalisme dan kemahiran komunikasi. 
KUN HUANG

 “Program Digital Heroes bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan pengalaman digital yang inovatif kepada pelajar tempatan, tetapi juga untuk memastikan kelahiran bakat digital yang akan berterusan dan dapat menyumbang kepada ekosistem perniagaan tempatan.” kata Pengurus Besar Malaysia, Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang .

“Sebagai peneraju global dalam dunia pengkomputeran awan, kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha kolektif dan ingin memanfaatkan teknologi maju dan pengalaman terbukti kami untuk menyokong pembangunan bakat tempatan sambil memperkasakan lagi proses transformasi digital Malaysia.” 

Dr. Adham pula  yang melancarkan program dengan Alibaba Cloud hari ini, berkata, sebagai salah satu rangka dalam rancangan Malaysia untuk mengubah negara menjadi salah satu peneraju dalam ekonomi digital serantau, negara ini mengalu-alukan penyedia teknologi untuk melabur di Malaysia dan memanfaatkan kemahiran dan keupayaan bakat tempatan.

“Alibaba Cloud merupakan satu contoh yang baik, di mana syarikat itu telah berjaya menubuhkan 2 pusat data tempatan, dan mempunyai pasukan yang kukuh untuk menyokong syarikat tempatan dan menyediakan teknologi pengkomputeran dan perkhidmatan awan terkemuka kepada mereka,” katanya. 

Cerapan daripada Pemaju Industri Mendorong Inovasi Teknologi 

Sidang Kemuncak itu juga telah memberi pencerahan mengenai kemajuan dalam teknologi dan kemampanan, seperti perkongsian maklumat terkini mengenai kemampanan dan masa depan dunia perniagaan oleh pemimpin daripada pelbagai sektor seperti telekomunikasi, kewangan, peruncitan, logistik pintar, serta eksekutif-eksekutif daripada Alibaba Cloud. Sebagai contoh, beberapa sesi ini telah menampilkan penceramah daripada Genting Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Entomo Malaysia Sdn Bhd dan China Mobile International yang menyampaikan pemikiran dan pandangan yang menarik kepada peserta. 

“Dengan kerjasama daripada Alibaba Cloud, Genting SkyWorlds kini menjadi perintis yang menampilkan teknologi VQ dikuasakan AI yang termaju di Asia Tenggara. Dengan pusat data tempatan Alibaba Cloud dan rangkaian perkhidmatan yang disediakan, kami dapat bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pengguna Malaysia dan mengembangkan perniagaan kami di pasaran,” kata Naib Presiden, IT – Pembangunan & Integrasi Aplikasi Perusahaan, Genting Malaysia Berhad, Calvin Chee.

“Alibaba Cloud menyediakan rangkaian produk komprehensif yang memenuhi pelbagai keperluan kami. Dengan bantuan Alibaba Cloud, i-Penta, Platform IIoT daripada W Tech kami sedang menggunakan Platform IoT dan Perkhidmatan Kontena Kubernetes yang membolehkan kami menyediakan arkitektur perkhidmatan mikro yang membantu meminimumkan risiko masa henti sistem pengguna kami. Dengan menggabungkannya dengan perkhidmatan Alibaba Cloud, ia menjadi penyelesaian sempurna bagi kami untuk menyediakan platform dengan sekuriti tinggi, yang juga cekap dan boleh dipercayai kepada pengguna platform i-Penta kami,” kata Matthew Chin, CTO, W Tech Marketing Sdn, Bhd. 

“Selain itu, i-Penta juga sangat bergantung kepada perkhidmatan Alibaba Cloud seperti ECS, RDS, dan PAI untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Dengan Alibaba Cloud, i-Penta akan terus membangunkan ciri-ciri baharu untuk memenuhi keperluan penggunanya dengan lebih berkesan,” tambahnya lagi.  

Hew Chee Chung, Pengarah Urusan China Mobile International Malaysia (CMI) berkata, “Saya cukup yakin bahawa transformasi digital akan terus berkembang dengan pesat pada tahun-tahun akan datang. Kadar penggunaan pengkomputeran awan, SD-WAN, IoT, 5G dan sebagainya terus menunjukkan hasil dan berkembang dengan baik walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, wabak yang berleluasa, dan ketegangan perdagangan.

“Selaras dengan Malaysia Digital dan dengan sokongan oleh Alibaba Cloud, CMI akan terus mengembangkan penawaran penyelesaiannya di pasaran dengan membawa masuk kepakaran dari China dan membangunkan bakat tempatan untuk pendedahan kepada teknologi tersebut.” 

Sebagai penyedia infrastruktur untuk ekonomi hijau, Alibaba Cloud juga telah berkongsi usaha dan penyelesaian inovatif mereka untuk membentuk ekosistem pengkomputeran awan yang hijau dan mampan semasa Sidang Kemuncak berkenaan.

Pada penghujung Jun tahun ini, Alibaba Cloud telah melancarkan Energy Expert, sebuah platform kemampanan untuk membantu pelanggan di seluruh dunia mengukur, menganalisis dan menguruskan pelepasan karbon daripada produk dan aktiviti perniagaan mereka. 

Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan terkemuka di dunia, Alibaba Cloud menawarkan rangkaian 85 zon kebolehsediaan di 28 wilayah di seluruh dunia, dengan tawaran infrastruktur awan yang selamat, boleh diskalakan, dan teguh untuk menyokong pelanggan global yang menerima inovasi digital.

Ia juga merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan awan global yang mempunyai pusat data tempatan di Malaysia, dan turut melancarkan Anti-DDos Scrubbing Centre berasaskan awan pertamanya di Malaysia pada 2018 untuk perkhidmatan di rantau ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya