Youtube bantu Wei Chong dan Kai Wun tumbangkan juara Olimpik

Youtube ‘kunci’ Man Wei Chong-Tee Kai Wun tumbangkan juara Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu lelaki, Man Wei Chong mendedahkan antara kunci kejayaan mereka menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yang dan Wang Chi Lin dalam perlawanan akhir Terbuka Taiwan adalah menerusi analisis video yang ditonton di Youtube.

Menonton video aksi beregu No.4 dunia itu di kejohanan tersebut berulang kali bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan memberi kelebihan buat Wei Chong dan Tee Kai Wun untuk me­rangkul kejuaraan kedua mereka tahun ini dengan kemenangan 21-18, 11-21, 21-18 dalam tempoh 54 minit.

 

“Kami rasa bernasib baik sebab mata-mata terakhir kami diperoleh daripada kesilapan lawan.

“Kami ada berbincang dengan jurulatih dan kami ada membuat analisis perlawanan mereka (Lee Yang-Chi Lin) melalui video di youtube, kami tak lihat banyak klip, hanya tumpu kepada aksi mereka sepanjang kejohanan ini sahaja untuk elak kami keliru.

“Dalam perlawanan itu, saya fikir tuah memihak kepada kami apabila berjaya bangkit di set ketiga. Saya fikir mereka (Lee Yang-Chi Lin) agak tertekan kerana beraksi di tempat sendiri selain status selaku juara Olimpik… jadi, mereka tidak mahu kalah.

“Aksi di Taiwan kali ini memberikan kami pengalaman dan pengajaran yang baik untuk kami meningkatkan lagi tahap prestasi kami selain meningkatkan lagi tahap keyakinan bagi menghadapi kejohanan seterusnya,” kata Wai Chong yang dilamar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2017 daripada Kelab Badminton Petaling.

Pasangan negara itu, akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi Terbuka Jepun yang dijadual berlangsung dari 30 Ogos hingga 4 September depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya