Siti Fadia, Apriyani rangkul gelaran sulung pada Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Siti Fadia, Apriyani rangkul gelaran sulung pada Terbuka Malaysia

PEMAIN beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadila Silva Ramadhanti sewaktu menentang pemain China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu wanita Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti-Apriyani Rahayu merangkul gelaran sulung sejak digandingkan bersama, Mei lalu selepas menundukkan pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Gandingan No. 133 dunia itu menewaskan Shu Xian-Zheng Yu yang menghuni ranking ke-33 dunia 21-18, 12-21, 21-19.

Apriyani yang kehilangan rakan gandingan, Greysia Polii yang mengumumkan persaraannya, Jun lepas, tidak memerlukan masa lama untuk mencari keserasian bersama Siti Fadia sejak melakukan penampilan sulung pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, Mei lalu.

Beregu dari negara seberang itu pernah menewaskan Shu Xian-Zheng Yu pada pusingan kedua Terbuka Indonesia, Jun lalu.

Apriyani, 24, dan Siti Fadia, 22, juga berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Indonesia Masters 2022, namun, akur kepada pilihan pertama, Chen Qingchen-Jia Yi Fan dari China. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya