Si Wei-Ya Qiong cipta hatrik juara Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Si Wei-Ya Qiong cipta hatrik juara Terbuka Malaysia

Pilihan kedua, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong mencipta hatrik selepas dinobatkan selaku juara Terbuka Malaysia 2022 pada perlawanan akhir beregu campuran di Axiata Arena Bukit Jalil.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan kedua, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong mencipta hatrik selepas dinobatkan selaku juara Terbuka Malaysia 2022 pada perlawanan akhir beregu campuran di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Beregu China yang menghuni ranking No. 1 dunia itu menundukkan pilihan pertama, Sapsiree Taerattanachai-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand 21-13, 21-18.

Selepas menjuarai Terbuka Malaysia pada 2018 dan 2019, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 di Tokyo itu mengulanginya buat kali ketiga berturut-turut.
Kemenangan tersebut menyaksikan Si Wei-Ya Qiong melebarkan rekod kemenangan 10-2 ke atas gandingan Thailand tersebut.

Kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia juga merupakan gelaran kelima menjadi milik gandingan China itu pada tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya