Selangor FC kembali temui sentuhan kemenangan

Selangor FC kembali temui sentuhan kemenangan

KETUA pasukan Selangor FC, Brendan Gan mengawal bola ketika pertemuan dengan Penang FC malam ini.-Gambar Ihsan FC Selangor FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua gol dalam masa enam minit kembali menceriakan kem Selangor FC apabila berjaya menumpaskan Penang FC 2-0 dalam saingan Liga Super sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, gol Selangor FC dijaringkan oleh dua pemain gantian Shahrel Fikri pada minit ke-73 dan Syahir Bashah pada minit ke-79.

Terdahulu pada separuh masa pertama permainan, Penang FC hampir berada dihadapan pada minit ke-14 namun sepakan percuma Endrick dos Santos berjaya ditepis keluar oleh Sam Sommerville.

Tersentak dengan percubaan itu, Selangor FC memperkemaskan permainan dan gawang pelawat terselamat daripada dibolosi apabila benteng pertahanan mereka berjaya menghalang percubaan Quentin Cheng pada minit ke-17.

Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama dan bersambung babak kedua, Selangor FC mula memperkemaskan permainan dan mula mencipta peluang-peluang menarik untuk memburu gol menerusi jentera serangan mereka yang diketuai Herlison Caion.

Menyedari Selangor FC perlu memburu kemenangan, Michael Feichtenbeiner bertindak membawa masuk Shahrel Fikri bagi menggantikan Baha Abdelrahman pada minit ke-66.

Situasi bertambah sukar buat Penang FC apabila terpaksa mengharungi baki lebih 20 minit perlawanan dengan 10 pemain apabila Sukri Hamid dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintahkan keluar padang pada minit ke-68.

Keputusan Feichtenbeiner membawa masuk Shahrel Fikri tepat apabila pemain itu membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol selepas tujuh minit dimasukkan apabila melakukan larian pantas untuk menyudahkan umpanan Agyarkwa Ameyaw.

Syahir Bashah yang dimasukkan pada minit ke-78 bagi menggantikan ketua pasukan, Brendan Gan juga tidak menunggu lama apabila sentuhan pertamanya di atas padang berjaya menghadiahkan gol kedua buat skuad Merah Kuning pada minit ke-79.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan The Red Giants melonjak ke tangga kelima liga dengan 15 mata selepas merakam kemenangan keempat mereka pada musim ini.

Selepas ini, Selangor akan turun untuk aksi ‘Derby Lembah Klang’ dengan sekali lagi berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) manakala Penang FC pula akan menentang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya