Perak sambut baik format baharu Liga Super

Perak sambut baik format baharu Liga Super

PERAK FC akan kembali ke Liga Super musim depan tanpa mengira apa berlaku dalam Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Begitulah pandangan pemilik Perak FC, XOX Sdn. Bhd. mengenai langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluaskan penyertaan Liga Super kepada 18 pasukan.

Langkah itu sekali gus menyaksikan Perak FC bakal dinaikkan ke Liga Super 2023, tidak kira apa yang berlaku dalam Liga Perdana musim ini.

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, mereka benar-benar berharap yang Perak akan dapat beraksi dalam Liga Super musim akan datang.

ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI

“Memang itu matlamat kami. Jika tidak

kerana perubahan format itu pun kami bersedia mengusahakannya dalam Liga Perdana musim ini,” katanya melalui pesanan WhatsApp dari London.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkara itu yang telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam di Petaling Jaya.

Perubahan format akan menjadikan Liga Malaysia menjadi lebih kompetitif berbanding sebelum ini.

Dengan format liga 18 pasukan, MFL menggantung sementara saingan Liga Perdana untuk beberapa tahun sehingga pelan untuk mengurangkan jurang antara Liga Super dan Liga M3 berjaya dilakukan.

Enam kelab Liga Perdana itu bukanlah pasukan simpanan seperti Selangor II atau Skuad Projek FAM-MSN, sebaliknya adalah kelab seperti Perak dan Kelantan.

Sebaliknya, pasukan-pasukan simpanan ini akan ditempatkan dalam liga simpanan yang turut akan dimulakan musim hadapan.

“Kami akan buat pembaharuan kepada pasukan dengan mencari pemain berwibawa untuk memperkukuhkan pasukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya