Penyeludup PATI Indonesia dipenjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Penyeludup PATI Indonesia dipenjara 10 tahun

HERMANDA dikenakan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas kesalahan menyeludup PATI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu tekong dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini kerana menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini pada 20 Januari lalu.

Tertuduh seorang warganegara Indonesia, Hermanda, 27, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Noor Hayati Mat selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Noor Hayati memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan, iaitu pada 20 Januari lalu.

Hermanda yang menggunakan  kaki palsu akibat kemalangan turut dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 kerana kesalahan penyeludupan migran yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana telah bersama-sama menyeludup migran.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Johor, Azlan Bohari.

Pada 20 Januari lalu, media melaporkan sebuah bot pancung membawa 27 PATI Indonesia karam di perairan Teluk Ramunia sehingga mengakibatkan dua maut, manakala enam lagi hilang.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dilaporkan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 4.50 pagi di kedudukan 0.8 batu nautika Teluk Ramunia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya