PDRM FC 'bedil' Perak FC 2-0

PDRM FC ‘bedil’ Perak FC 2-0

pdrm fc
PDRM FC catat kemenangan 2-0 ke atas Perak FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.-Gambar FB PDRM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Perak FC untuk meneruskan rentak kemenangan di bawah pengurusan baharu tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada PDRM FC sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dengan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak kedua, perlawanan mula rancak dengan anak-anak buah Yusri Che Lah lebih banyak mengasak gawang PDRM FC namun, gagal menggegarkan jaring.

Sang Saka Biru yang dibimbing oleh Wan Rohaimi Wan Ismail membuka tirai jaringan pada minit ke-62 menerusi kapten pasukan, Azmi Muslim hasil kelam kabut di depan gawang Perak FC.

Tersentak dengan jaringan pendahuluan tuan rumah, Yusry membawa masuk beberapa pemain baharu termasuk Indra Putra Mahayuddin untuk memburu gol penyamaan.

Bagaimanapun, Perak FC dikejutkan dengan gol kedua tuan rumah menerusi pemain import dari Slovakia, Milos Lacny yang mudah menewaskan Zamir Selamat pada minit ke-80.

Pada minit-minit terkahir perlawanan, Perak FC berpeluang untuk merapatkan kedudukan namun, percubaan Hakimi Isa sekadar menggegarkan palang PDRM FC sekali gus keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan perlawanan lain, Terengganu FC (TFC) meletakkan Sri Pahang FC dalam kedudukan semakin tertekan apabila memenangi aksi derbi Pantai Timur dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan TFC naik ke tangga kelima mengumpul 13 mata manakala Sri Pahang FC terus dirundung malang di kedudukan kedua tercorot dengan lapan mata.

Sementara Sabah FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Negeri Sembilan FC selepas pertembungan kedua-dua pasukan malam ini memihak kepada skuad Sang Badak itu dengan keputusan 1-0.

Perlawanan berlangsung rancak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan serta mempunyai beberapa peluang terhidang. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya