MHC dan RSC anjurkan kejohanan hoki veteren

MHC dan RSC anjurkan kejohanan hoki veteren

SUBAHAN bersalaman dengan Pengerusi Penganjuran RSC Hoki 9s, Oommen Koshy dalam sidang akhbar memperkenalkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Veteran 9 Sebelah 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Kelab Diraja Selangor (RSC) akan bekerjasama menganjurkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Veteran 9 Sebelah 2022 yang akan berlangsung di RSC, Bukit Kiara pada 18 hingga 20 November depan.

Selain penganjuran kejohanan veteran, satu lagi kejohanan yang akan dianjurkan pada tarikh yang sama ialah Kejohanan Bawah 12 tahun di mana kedua-dua kejohanan ini akan dimainkan di padang rumput, tidak seperti kebiasaan di padang astroturf.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, idea untuk menganjurkan kejohanan veteran telah tercetus sejak tahun 2015 dan pada tahun ini, ia dapat direalisasikan dengan kerjasama RSC.

“Penganjuran kejohanan ini merupakan sesuatu yang diluar kebiasaan di mana selalunya MHC hanya menganjurkan kejohanan yang diwakili oleh negeri-negeri yang bernaung di bawah kelolaan MHC sahaja..

“Sememangnya, kejohanan veteran bukan platform untuk mengcungkil bakat tetap penganjuran kejohanan ini memberi peluang kepada pemain hoki veteran sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara untuk bermain hoki.

“Pemilihan RSC sebagai rakan kerjasama bagi penganjuran adalah kerana RSC merupakan salah sebuah kelab yang tertua di Malaysia selain mereka telah menganjurkan banyak aktiviti sukan di Malaysia.

“Saya dengan rendah diri telah bertemu dengan wakil daripada RSC dan satu kata sepakat telah dicapai di mana MHC dan RSC akan menganjurkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Veteran yang akan diambil bahagian oleh negeri-negeri di bawah naungan KHM iaitu 16 negeri,” katanya.

Selain itu kata Subahan, kejohanan ini tidak tertumpu kepada penglibatan daripada pasukan negeri sahaja tetapi juga terbuka kepada mana-mana kelab hoki di dalam Malaysia mahupun di luar negara.

“Pihak RSC akan turut menjemput kelab-kelab mereka sendiri sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara, untuk peringkat umur kita masih dalam perbincangan dan kemungkinan akan ada dua kategori untuk umur 40 tahun dan 50 tahun.

“Bagi kejohanan hoki bawah umur (B-12) di mana kami akan menggalakkaan pasukan-pasukan yang bernaung di bawah Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) mahupun sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian,” katanya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN