Malaysia jumpa Vietnam di separuh akhir Piala AFF 2022 - Utusan Malaysia

Malaysia jumpa Vietnam di separuh akhir Piala AFF 2022

PENYERANG negara, Abdul Rahman Daud Azizol melakukan tandukan ke gawang Laos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) akan menentang Vietnam dalam saingan separuh akhir Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, esok.

Kekalahan tipis 0-1 ditangan Laos pada aksi terakhir Kumpulan B sebentar tadi meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mengekalkan rekod tanpa kalah.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak mengugat kemaraan anak didik Hassan Sazali Waras di pentas separuh akhir yang terlebih dahulu mengesahkan slot selepas membenam cabaran Timor Leste, 4-3 Sabtu lalu.

Empat pasukan sudah mengesahkan kemaraan di pentas separuh akhir AFF 2022 dengan Vietnam dan Thailand dari Kumpulan A manakala kumpulan B pula diwakili Laos dan Malaysia.

Lawan yang bakal ditentang Harimau Muda pada pentas separuh akhir adalah Vietnam yang mengungguli Kumpulan A manakala selaku juara Kumpulan B Loas akan menentang Thailand.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia sebentar tadi, Malaysia melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama.

Corak permainan selamat dipamerkan kedua-dua pasukan dengan lebih berhati-hati dan bola banyak berlegar dibahagian tengah padang.

Laos yang mengungguli kumpulan dengan sembilan mata sebelum perlawanan dilihat lebih mendominasi perlawanan pada babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, permainan agresif mula dipamerkan Laos melalui bahagian sayap kanan dan kiri menggempur bentang Malaysia.

Usaha berterusan Laos mendapatkan gol akhirnya membuahkan hasil selepas mendapat sepakan penalti ekoran kekasaran pemain Malaysia pada minit ke-66.

Phoutthavong Sangvilay yang diamanahkan mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gawang Malaysia, yang menerpa ke arah berbeza untuk Laos mendahului 1-0 selang dua minit kemudian.

Gol tersebut dilihat menyedarkan barisan pemain B-19 yang mula bangkit menyerang dan berjaya memiliki beberapa peluang menerusi Haqimi Azim namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Walaupun Harimau Muda cuba mendapatkan gol penyamaan untuk sekurang-kurangnya meraih rekod tanpa kalah dalam saingan di peringkat kumpulan namun kekentalan benteng Laos menafikan impian tersebut.

Keputusan 1-0 yang memihak Laos memastikan mereka mengungguli kumpulan dengan mengutip 12 mata hasil empat perlawanan manakala Malaysia, tujuh mata selepas menang dua, seri satu dan tewas satu.

Kemaraan skuad B-19 pentas separuh akhir AFF 2022 memastikan sasaran separuh akhir yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya dipenuhi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya