KL City patahkan sayap Sang Kenari

KL City patahkan sayap Sang Kenari

Pemain KL City, Jordan Mintah meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super menentang Kedah, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City bangkit melakar kemenangan menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad Sang Kenari bermula garang apabila terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-42 menerusi Aiman Afif Md Afizul yang menanduk masuk bola hantaran kapten pasukan, Syazwan Zainon.

Begitupun, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti Jordan Mintah selepas Kamal Azizi Zabri dijatuhkan pertahanan Kedah.

Jaringan itu menyuntik semangat KL City apabila terus melancar serangan ke kubu pelawat dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-72 apabila Mintah sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring.

Penyerang yang dipinjamkan daripada Terengganu itu, bijak menyudahkan hantaran lintang Romel Morales untuk menewaskan Shahril Saari buat kali kedua.

Kemenangan itu menyaksikan KL City menamatkan badi tanpa kemenangan di laman sendiri selepas kali terakhir melakar kemenangan pada 10 Mei lalu dengan keputusan 3-2 menundukkan Penang FC.

KL City bukan sahaja menewaskan Kedah, malah turut merampas kedudukan keempat Liga Super daripada skuad Sang Kenari.

Kedah yang jatuh ke tangga kelima kini mengumpul 17 mata selepas 12 perlawanan, hanya satu mata di belakang KL City yang sudah beraksi 13 perlawanan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya