JDT pilih jurulatih dari Argentina atau tempatan?

JDT pilih jurulatih dari Argentina atau tempatan?

BENJAMIN Mora berpisah dengan JDT dengan alasan mahu menyelesaikan urusan peribadi di Mexico.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekosongan ditinggalkan Benjamin Mora sebagai ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diisi jurulatih dari Argentina.

Difahamkan pengendali baharu skuad Harimau Selatan berkenaan telah berada di Johor Bahru.

Beberapa nama seperti bekas pemain import JDT, Luciano Figueroa turut dikaitkan dengan spekulasi sebagai jurulatih baharu skuad itu.

Tidak ketinggalan, nama bekas pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe turut menjadi bualan bakal mengendali juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

Mora mengecapi pencapaian gemilang bersama JDT termasuk tiga kali memenangi Liga Super pada 2019, 2020 dan 2021 selain menjulang Piala Malaysia pada 2019.

Ketiadaan pengendali berusia 43 tahun itu menyaksikan tugasnya dipangku penolong jurulatih, Mohd Hamzani Omar dalam dua perlawanan terakhir JDT sebelum ini dengan mereka berjaya mengalahkan Penang 1-0 dan menang 2-1 ke atas Melaka United di gelanggang lawan.

JDT dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat Mora atas alasan peribadi, namun JDT sentiasa terbuka untuk menerima kehadirannya kembali.

“Kelab Bolasepak JDT mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” demikian menurut kenyataan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya