Jangkitan influenza meningkat di Kedah - Utusan Malaysia

Jangkitan influenza meningkat di Kedah

Jangkitan influenza meningkat di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tujuh kluster baharu jangkitan influenza like-illness (ILI) dikesan di Kedah bermula 30 Jun hingga 25 Julai lalu menjadikan negeri itu sehingga kini merekodkan  25 kluster penyakit tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, daripada semua kluster tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan keseluruhan 1,945 kes dengan majoritinya melibatkan pelajar institusi pendidikan terutama sekolah berasrama bermula 31 Mei hingga 25 Julai.

“Pohon ingatan kepada pengurusan sekolah terutama yang berasrama, kes ILI meningkat kembali mutakhir ini. Oleh itu prosedur penjagaan kesihatan perlu dipatuhi dan pengasingan murid yang bergejala perlu dilakukan,” katanya di sini hari ini. 

Kata Dr. Mohd. Hayati, jangkitan influenza  yang kini membabitkan 25 kluster itu antaranya 23 di sekolah, sebuah institusi pendidikan dan sebuah lagi di pusat pemulihan. 

“Antara kluster terbaharu adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

“Selain itu, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mohamad Jiwa di Sungai Petani, Akademi Sains Pendang serta MRSM Baling,” katanya.

Menurut beliau, jumlah kes tertinggi yang direkodkan adalah MRSM Langkawi dengan 321 kes, diikuti MRSM Pendang dengan 161 kes direkodkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya