Jangkitan baharu Covid-19 kekal atas 4,000 kes

Jangkitan baharu Covid-19 kekal atas 4,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,271 jangkitan Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 47,014 kes.

Menurut laman Covid Now, daripada jumlah tersebut, 45,487 individu atau 96.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 19 individu pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 1,446 atau 3.1 peratus lagi dirawat di hospital dengan 62 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 5,553 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,594,296 kes. 

Dalam pada itu, sejumlah empat kematian dilaporkan semalam termasuk satu kematian di luar hospital (BID), menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 35,960 kes. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya