PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,902 kes berbanding kelmarin, 3,080 kes sekali gus mengatasi 2,935 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,276 kes diikuti Selangor (998), Perak (294), Sabah (234), Negeri Sembilan (188), Pulau Pinang (178), Kedah (126), Melaka (106), Sarawak (106), Johor (93), Putrajaya (82) dan Kelantan (74).
Diikuti Pahang (54), Terengganu (30), Perlis, 40 kes dan Labuan (23).
Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 629 orang berbanding kelmarin, 545 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 55 kes berbanding jumlah semalam, 57 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 37 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tujuh kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,870 kes.
Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,609 kes. – UTUSAN