PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,503 kes berbanding kelmarin, 4,759 kes sekali gus diatasi 3,847 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,706 kes diikuti Kuala Lumpur (989), Perak (306), Pulau Pinang (265), Sabah (238), Negeri Sembilan (173), Melaka (171), Kedah (159), Johor (120) dan Putrajaya (100).
Ini diikuti Sarawak (81), Pahang (74), Kelantan (62), Terengganu (42), Labuan (11) dan Perlis, enam kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 564 orang berbanding kelmarin, 515 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 59 kes berbanding jumlah semalam, 52 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 30 kes berbanding jumlah kelmarin, 28 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 19 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,036 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes bersamaan jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,942 kes.
Manakala, empat kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,635 kes. – UTUSAN