Axelsen sekat kebangkitan Momota untuk raih juara Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Axelsen sekat kebangkitan Momota untuk raih juara Terbuka Malaysia

Aksi pemain perseorangan lelaki Jepun, Kento Momota sewaktu menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen buktikan dia adalah pemain yang digeruni pada era kini apabila mudah tundukkan wakil Jepun, Kento Momota dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Ia merupakan perlawanan anti-klimaks apabila setiap pergerakan Momota dapat dibaca Axelsen sehingga set pertama disudahkan dengan keputusan 21-4.

Skrip sama berulang di set kedua, apabila Momota terus buntu untuk menyaingi pukulan-pukulan dari Axelsen dan akhirnya selepas 34 minit bertarung, Axelsen dimahkotakn dengan gelaran juara apabila menang dengan keputusan 21-7.

Viktor Axelsen

Buat Axelsen, ia kejayaan yang cukup manis memandangkan dia masih belum mempunyai gelaran Terbuka Malaysia dalam koleksi kejayaannya sebelum ini, biarpun telah mencuba sejak 2012 di kejohanan ini.

Ia juga gelaran ketiganya berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Indonesia dan Masters Malaysia bulan lalu.

“Saya rasa gembira dan sejujurnya agak terkejut dengan prestasi saya pada hari ini kerana masih lagi kepenatan daripada perlawanan semalam, saya berjaya mengerah segala kudrat yang tinggal untuk perlawanan hari ini.

“Saya menghormatinya sebagai pemain, namun untuk hari ini mungkin dia tidak rasa selesa di dalam gelanggang, kerana saya mengharapkan perlawanan lebih sengit, namun bersyukur dengan kejayaan hari ini,” jelas Axelsen sejurus selepas perlawanan.

Bagaimanapun Axelsen masih beri dapat kata putus mengenai penyertaannya di Masters Malaysia yang akan berlangsung pada Selasa.

“Saya kena balik berehat terlebih dahulu sebelum memutuskannya pada esok (Isnin) kerana saya akui badan saya masih kepenatan sebab beraksi minggu ini,” jelas Axelsen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya