104 atlet negara buru enam emas di Sukan Komanwel Birmingham

104 atlet negara buru enam emas di Sukan Komanwel Birmingham

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan pasukan judo, boling padang dan ragbi negara di perkampungan Sukan Komanwel di Universiti Warwick, Birmingham. -IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan enam tetapi tujuh pingat emas mampu dibawa pulang kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dibuka secara rasmi hari ini sehinggalah 8 Ogos depan.

Walaupun Malaysia meletakkan sasaran enam emas susulan penarikan diri bintang badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan kemalangan jalan raya yang menimpa pemain skuasy wanita S. Sivasangari, tidak mustahil badminton masih mampu membutirkan emas.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum ini telah mengumumkan sasaran tujuh pingat emas ditetapkan kepada kontinjen negara ke Birmingham bagi menyamai pencapaian pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia namun sasaran itu terpaksa diturunkan ekoran ketiadaan Zii Jia dan Sivasangari.

Pada temasya kali ini, kontinjen negara akan diwakili 162 individu membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 kakitangan.

Sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting antara prospek emas buat negara.

Gandingan penerjun, Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri (terjun), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu badminton lelaki), Siti Zalina Ahmad-Emma Firyana Saroji (; pasangan boling padang), Muhamad Aznil Bidin (atlet angkat berat), Koi Sie Yan (atlet gimrama, ) dan jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin antara prospek enam pingat emas buat Malaysia,

Skuad terjun negara tampil di Birmingham dengan status juara bertahan dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita selepas Pandelela dan Cheong Jun Hoong menyumbang emas di Gold Coast empat tahun lalu.

Sandaran emas untuk badminton kini dipikul beregu lelaki, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang kini menduduki ranking No. 11 dunia turut berpotensi melakukan kejutan di temasya berkenaan.

Acara berpasukan campuran diwakili Ng Tze Yong, Goh Jin Wei, Aaron Chia- Soh Wooi Yik dan Pearly Tan- M Thinaah juga dilihat mampu menghadirkan emas bonus buat skuad badminton bagi melepasi sasaran satu pingat emas yang ditetapkan.

Bagi sukan boling padang, gandingan Siti Zalina-Emma yang berjaya memenangi emas dalam acara pairs wanita pada edisi 2018, dilihat mampu mempertahankan pingat tersebut.

Badang negara, Muhamad Aznil Bidin pula mungkin tidak berdepan masalah untuk meraih emas dalam acara angkat berat bagi kategori 61 kilogram (kg) selepas menang emas pada edisi di Gold Coast kategori 62kg.

Skuad gimrama yang tampil tanpa pemenang emas di edisi lalu, Amy Kwan yang bersara pada 2020 menyaksikan tanggungjawab memburu emas itu disandarkan pada tiga gimnas negara iaitu Koi Sie Yan, Ng Joe Ee dan Izzah Amzan.

Jaguh powerlifting, Bonnie pula dijangka terus mengekalkan momentumnya selepas kejayaan memenangi emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan muncul juara kategori 72 kilogram (kg) di Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtaek, Korea Selatan, bulan lalu.

Atlet kelahiran Sarawak itu juga diberikan tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara di Birmingham bersama atlet skuasy, Aifa Azman.
Pada temasya di Gold Coast 2018, Malaysia menuai tujuh emas menerusi sukan angkat berat, terjun, boling padang, gimnastik dan badminton manakala lima perak diraih masing-masing daripada sukan badminton, gimnastik dan angkat berat.

Temasya yang bermula secara rasmi di Stadium Alexander, Birmingham hari ini melibatkan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara Komanwel. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya