Zii Jia tak kesal tewas di tangan Axelsen - Utusan Malaysia

Zii Jia tak kesal tewas di tangan Axelsen

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia tidak kesal biarpun hajatnya untuk menakluk Terbuka Indonesia dinafikan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen dalam pertembungan sengit separuh akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan pada Sabtu.

Ia juga dilabel peminat sebagai pertembungan ‘Juara Asia menentang Makhluk Asing’ memandangkan Axelsen masih belum tewas untuk tahun ini, manakala Zii Jia pula dilihat pemain yang berpotensi untuk cipta kejutan.

Biarpun tewas, Zii Jia masih boleh berbangga apabila memenangi set pertama dengan 21-19 namun bintang Denmark itu kembali bangkit 11-21 di set kedua dan noktahkan kemenangan 21-23 pada set ketiga untuk mara ke final.

“Saya rasa Axelsen dalam keadaan terbaik dan sukar untuk mana-mana pemain untuk tumbangkannnya, dan untuk perlawanan itu saya dah berikan sepenuh tumpuan ke dalam gelanggang, mungkin ada satu dua mata yang memerlukan saya berusaha keras untuk kejarnya.

“Saya rasa Axelsen sudah melakukan persediaan mental yang cukup tinggi, dia kini sangat kuat dan stabil, fokusnya pula sangat jitu dalam gelanggang, sebab itu ramai pemain sukar untuk tewaskannya” jelas Zii Jia

Untuk rekod, Zii Jia menjadi pemain kedua yang berjaya heret Axelsen sehingga ke perlawanan rubber set untuk tahun ini sehari selepas pemain Anthony Sinisuka Ginting berjaya melakukannya di peringkat suku akhir.

Zii Jia bakal berehat seminggu untuk membuat persediaan bagi menghadapi Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung 28 Jun hingga 3 Julai.

Pemain No.1 negara itu, diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan dan memiliki peluang cerah untuk mara ke final berdasarkan undian dan faktor semasa lawannya.

“Saya rasa pencapaian saya boleh tahan, selepas juarai Terbuka Thailand, saya mara ke suku akhir dan separuh akhir di Indonesia, dan selepas ini ada tiga lagi kejohanan, dua di Kuala Lumpur dan kemudian Singapura, saya akan buat persiapan rapi.” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya