EUGENE, Oregon: Atlet Amerika Syarikat (AS), Sandi Morris berkata tiada jawapan mudah terhadap pembabitan transgender dalam sukan elit dan mencadangkan mungkin kategori baharu adalah jalan penyelesaian terbaik.
Pemenang dua kali pingat perak dunia itu dan perak di Olimpik acara lompat bergalah itu, menyokong komuniti transgender tetapi atlet diletakkan dalam posisi yang sukar dalam topik berkenaan.
“Saya percaya jawapan terbaik mungkin dengan mengadakan kategori baharu. Atlet seperti saya yang liberal dan cenderung kepada liberal, susah untuk bersama mereka yang membenci orang dalam komuniti itu.
“Jadi saya rasa itu mungkin penyelesaiannya, tapi kita perlu mengkajinya terlebih dahulu,” katanya menjelang Kejuaraan Olahraga AS minggu ini
Badan induk renang dunia, FINA sebelum ini menyokong untuk mengehadkan pembabitan transgender dalam acara wanita dan mewujudkan kategori terbuka yang dibantah golongan LGBT.
Sehari selepas itu, Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe berkata organisasi itu akan membincangkan peraturan baharu mereka pada penghujung tahun ini.
“Kami sentiasa percaya bahawa biologi mengatasi jantina,” katanya.
Dalam pada itu, peguam bagi golongan transgender berkata tiada kajian menyeluruh dibuat mengenai impak perubahan itu terhadap persembahan fizikal dan atlet elit selalunya memiliki fizikal terpencil dalam kebanyakan kes.- AGENSI