Terbuka Malaysia: Wooi Yik ketepikan rasa sakit, mara ke suku akhir - Utusan Malaysia

Terbuka Malaysia: Wooi Yik ketepikan rasa sakit, mara ke suku akhir

SOH Wooi Yik (kanan) dan Aaron Chia terkandas di separuh akhir di Sukan Komanwel Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik hanya mengetahui lutut kirinya berdarah selepas tamat perlawanan menentang gandingan Singapura, Loh Kean Hean dan Terry Hee di pusingan kedua sebentar tadi.

Wooi Yik, 24, memperagakan aksi kemas bersama pasangannya, Aaron Chia untuk menempah slot ke suku akhir Terbuka Malaysia pada esok selepas menang mudah dengan keputusan 21-16,21-13.

“Saya baru sedar kaki saya berdarah, sebab ketika bermain tadi memang saya beri segalanya yang saya ada dengan Aaron, memang saya tak rasa sakit apa pun.

“Saya berpuas hati dengan aksi saya hari ini sebab saya berikan 200 peratus dalam gelanggang, dan saya harap dapat kekalkan aksi sebegini,” ujar Wooi Yik.

Wooi Yik dan Aaron bakal membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohamad Ahsan, dengan kali terakhir mereka bertemu menyaksikan kemenangan memihak kepada pasangan Malaysia dalam penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai tahun lalu.

HASRAT pasangan beregu lelaki negara, Wee Kiong dan Kian Meng untuk mara ke peringkat lapan terbaik tidak kesampaian.

Sementara itu, hasrat untuk menyaksikan pertembungan sesama Malaysia di peringkat suku akhir tidak kesampaian apabila gandingan Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong gagal untuk menandingi pasangan China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi setelah tewas 18-21, 21-17, 14-21. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya