Shah Firdaus kempunan raih gelaran Asia - Utusan Malaysia

Shah Firdaus kempunan raih gelaran Asia

SHAH FIRDAUS SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom untuk tamatkan kemarau 7 tahun Malaysia untuk raih emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia bagi acara keirin tidak kesampaian apabila tewas kepada pelumba Jepun, Kohei Terasaki di final pada Isnin.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara tersebut adalah menerusi Datuk Azizul Hasni Awang pada edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Shah Firdaus tetap boleh berbangga untuk bawa pulang pingat perak, manakala gangsa milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

“Turun ke trek dengan misi untuk membawa pulang gelaran juara Asia bagi acara Keirin setelah sekian lama Malaysia ketandusan emas dalam acara tersebut.

“Telahpun sedaya upaya berusaha namun takdir Allah belum rezeki pingat emas jadi milik Malaysia,” ulas Shah Firdaus

Ini merupakan pingat kedua Shah Firdaus selepas raih pingat perak dalam pecut berpasukan dan dia bakal turun sekali lagi pada Selasa untuk aksi akhir acara pecut individu.

Ia juga misi serampang dua mata untuk pertahankan emas yang dimenangi Azizul ketika edisi 2020, memandangkan jaguh berbasikal trek negara itu tidak dapat menyertai edisi kali ini kerana masih dalam rawatan pemulihan daripada pembedahan jantung.

“Terima kasih semua yang menyokong dan mendoakan pasukan Malaysia kerana kata dan doa kalian, kami berjaya ke podium.

“Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk acara pecut hari ini.Semoga doa kalian mengiringi kayuhan kami semua disini,”ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya