Mangsa kemalangan di Jalan Segamat, meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mangsa kemalangan di Jalan Segamat, meninggal dunia

KEADAAN Perodua Myvi yang terlibat kemalangan dengan kereta jenis Mazda di di Jalan Segamat-Kuantan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Kemalangan membabitkan pertembungan dua buah kenderaan mengakibatkan seorang daripada lima mangsa terlibat meninggal dunia di Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam.

Mangsa yang meninggal dunia, Azlina Mohamad, 51, beralamat dari Taman Berjaya Permai di sini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, empat lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, pihak bomba menerima maklumat kemalangan tersebut kira-kira pukul 3.47 petang tadi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Mazda.

“Laporan awal yang diperoleh, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah dan merupakan penumpang daripada Perodua Myvi.

“Dengan menggunakan kekuatan anggota bomba dan penyelamat seramai 15 orang daripada Balai Bomba Pekan, operasi mengeluarkan semua mangsa berjaya dengan menggunakan rescue power unit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zulfadli berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan untuk menerima rawatan di hospital.

Tambahnya lagi, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya