Kuota tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket

Kuota tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan kuota tambahan sebanyak 10,000 tan metri

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Datuk Rosol Wahid berkata, permohonan tersebut telah dikemukakan oleh kementeriannya kepada Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Katanya, minyak masak peket bersubsidi di pasaran didapati berkurangan selepas menjadi pilihan utama pengguna disebabkan kenaikan harga minyak masak botol.

Tambahnya, keadaan tersebur menyebabkan sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi yang diperuntukkan sebelum ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Kita (KPDNHEP) minta lagi kuota  tambahan 10,000 metrik tan minyak masak paket untuk mengatasi masalah ini.

“Begitu pun, permohonan tersebut bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Imam dan Bilal Masjid-Masjid Mukim Hulu Terengganu di sini hari ini.

Rosol berkata, Kementerian Kewangan difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri minyak masak bagi membincangkan bekalan minyak paket pada masa terdekat.

Akhbar sebelum ini melaporkan kekurangan bekalan minyak masak paket dipercayai berpunca daripada pembelian panik pengguna ekoran penarikan semula subsidi minyak masak botol berkuatkuasa 1 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya