KDA FC belasah Visakha FC untuk layak ke separuh akhir

KDA FC belasah Visakha FC untuk layak ke separuh akhir

MARDI meledak hatrik buat KDA FC ketika menentang Visakha FC sebentar tadi.-Gambar FB KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan hatrik Mahmoud Al Mardi berjaya membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membelasah Visakha FC 5-1 sekali gus layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.

Kemenangan itu juga membolehkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak muncul selaku juara Kumpulan G selepas berjaya mengatasi Visakha FC dengan perbezaan jaringan.

Lebih manis, kemaraan KDA FC itu melengkapkan malam gemilang kelab liga Malaysia apabila Kuala Lumpur City FC (KL City FC) turut mengesahkan tempat ke separuh akhir Zon ASEAN.

Bagaimanapun, dalam aksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi, kelab Kemboja itu terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan Mohammed Faez Khan pada minit ke-20.

KDA FC tidak menunggu lama untuk memberikan tindak balas apabila Mardi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 sebelum pemain itu meletakkan KDA FC di depan 2-1 hasil sepakan percuma menarik di penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Mardi terus membuktikan ketajaman pada minit ke-54 apabila berjaya menyempurnakan hantaran Fayadh Zulkilfi sekali gus melengkapkan hatriknya pada perlawawan berkenaan.

Sedar mereka memerlukan jaringan besar, skuad Sang Kenari terus bernafsu untuk menambah jaringan dan hasilnya Fayadh menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-66.

Malam gemilang KDA FC dilengkapkan menerusi jaringan kelima oleh Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76.

Keputusan 5-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus mengesahkan tempat KDA FC ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya