Kalau bola sepak dapat imbuhan, sukan lain bagaimana? - Utusan Malaysia

Kalau bola sepak dapat imbuhan, sukan lain bagaimana?

Bekas pengurus Selangor dan pemerhati sukan, Zakaria Rahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengurus bolasepak Selangor dan pemerhati sukan, Zakaria Rahim mempertikaikan tindakan kerajaan yang acapkali memberikan keistimewaan buat skuad bola sepak tatkala beberapa sukan lain di Malaysia telah melakar kejayaan jauh lebih tinggi dari sukan No.1 negara itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri sedia pertimbang untuk berikan imbuhan buat skuad bolasepak Malaysia yang layak ke Piala Asia 2023, menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kumpulan E, sekaligus menamatkan penantian 42 tahun negara untuk layak ke saingan tersebut secara merit.

Bagaimanapun, layanan sama tidak diberikan buat skuad hoki negara yang berjaya layak ke Piala Dunia 2023 selain muncul Naib Juara Piala Asia di Jakarta Mei lalu.

“Tiba-tiba sahaja pasukan bola sepak yang jadi pasukan ke 23 dari 24 pasukan layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa, dipertimbangkan imbuhan? Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah, celebrate di night club dan golongan T20.

“Pasukan hoki negara masuk final Piala Asia, Naib Juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking nombor 10 dunia, mana imbuhan?.

“Main di Jakarta pun tiada wakil KBS (Kementerian Belia dan Sukan) datang pump (bagi) semangat. Mereka pulang pun tak disambut. Mereka ada yang kerja technician (juruteknik), kerani, dan yang paling tinggi Inspektor Polis. Ada yang masih student (pelajar). Mudahnya, majoriti mereka masih B40,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Zakaria, pihak KBS perlu mengkaji semula sukan yang sepatutnya menjadi keutamaan sebelum diberikan sebarang imbuhan.

“Jika pun nak bagi imbuhan kepada team(pasukan) bola, bukan kepada pemain, tetapi kepada pasukan. Beri imbuhan kepada pasukan bawah-17 yang rata-ratanya pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia FIFA bawah-17 tahun. Mereka ini prospek negara ke Piala Dunia FIFA 2030, itupun kalau serius nak ke World Cup (Piala Dunia),” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya