Jazeman pemandu Jota di Le Mans 24 jam - Utusan Malaysia

Jazeman pemandu Jota di Le Mans 24 jam

JAZEMAN Jaafar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba empat roda negara, Jazeman Jaafar akan menjadi pemandu simpanan kepada pasukan Jota Sport dalam perlumbaan berprestij Le Mans 24 Hours 2022 pada 11 dan 12 Jun ini.

Jazeman berkata, kesempatan untuk tampil selaku pemandu simpanan itu akan digunakan sebagai persiapan untuknya menempuh pusingan ketiga European Le Mans Series di Monza, Itali.

“Menjadi pelumba simpanan di perlumbaan yang cukup berprestij dalam kategori empat roda adalah peluang terbaik, saya berdoa agar kesempatan ini menjadi titik permulaan untuk saya kembali di Le Mans 24 Hours tahun hadapan.

“Insyaallah akan ada peluang untuk masa akan datang (di Le Mans 24 Hours). Untuk di European Le Mans Series, kami akan bersaing dalam kategori LMP2 Pro/Am,” katanya dalam video ringkas yang dikongsi pelumba negara itu.

Untuk European Le Mans Series, Jazeman bernaung di bawah pasukan Team Virage yang berpangkalan di Poland.

Selain Jazeman, Team Virage turut diwakili dua pelumba iaitu Gabriel Aubry dari Perancis dan pelumba Amerika Syarikat, Rod Hodes yang merupakan rakan sepasukannya dalam perlumbaan berintensiti tinggi itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya