Jangan buat ‘dosa kering’ kata Jakim buat kerja lembab

Jangan buat ‘dosa kering’ kata Jakim buat kerja lembab

IDRIS Ahmad menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada pembantu Hal Ehwal Islam, Rabiatul Adawiyah Mohamed (kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat diminta agar tidak membuat ‘dosa kering’ dengan mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya lembab dan tidak cekap dalam melaksanana tugasnya tanpa asas kukuh.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam nada teguran berkata, banyak perkara dilakukan agensi itu tanpa sebarang publisiti melalui media.

“Sebenarnya memang ada banyak usaha dilaksanakan oleh Jakim dan kesemua 14 agensi di bawahnya tetapi orang awam pula tidak tahu dan kemudian lempar pelbagai tuduhan buruk.

“Justeru, saya memohon tolong proaktif sebar segala aktiviti dibuat termasuk menerusi media sosial agar masyarakat tidak buat dosa kering sebab mereka mungkin kurang tahu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 yang melibatkan 148 petugas termasuk tiga jabatan berbeza di bawah Jakim.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, beliau dipercayai merujuk beberapa isu panas membabitkan umat Islam antaranya kes daging halal dari luar negara yang tiada kesudahan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, tidak seperti kementerian lain, Jakim dan semua agensinya bertuah kerana ada stesen yang tersendiri iaitu TV AlHijrah, Radio IKIM dan Penyiaran Jakim.

“Saya mahu semua agensi memanfaatkan saluran media yang kita ada untuk hebah segala program dan guna sepenuhnya wadah laman sosial agar rakyat tahu apa berlaku,” tegasnya.

Sebarang tindakan buruk petugas jelasnya, akan memberi kesan negatif kepada imej Islam dan paling ditakuti rakyat membuat tafsiran salah kononnya agama Islam sebagai tidak mesra.

Misalnya kata beliau, kelewatan menjawab surat atau lambat mengambil tindakan walaupun isu remeh, namun masyarakat pula akan nampak pengurusan hal ehwal Islam sebagai lemah.

Pada masa sama, Idris meletakkan sepenuh keyakinan kepada petugas tanpa ada sedikit pun perasaan prasangka malahan menyifatkan mereka juga sebagai ‘Pasukan Menteri Agama.’ – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya