Hati-hati makan di Thailand, takut dicampur ganja - Utusan Malaysia

Hati-hati makan di Thailand, takut dicampur ganja

HAMZAH Zainudin (tengah) bersalaman dengan penduduk ketika menghadiri majlis kenduri kampung Anak Kurau di Batu Kurau di Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT:  Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand dinasihatkan berhati-hati kerana dikhuatiri ganja digunakan sebagai bahan masakan selepas negara jiran itu membenarkan rakyat menanam pokok tersebut bagi kegunaan sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jika berdepan dengan kedai tersebut, rakyat Malaysia perlu memaklumkan rakyat negara ini dilarang mengambil bahan khayal itu.

“Yang pentingnya kita ikut undang-undang kita, tapi apabila melawat ke negara itu, sebagai orang luar kita kena ikut undang-undang di sana,” katanya kepada pemberita pada majlis kenduri kampung Anak Kurau di Batu Kurau di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kegusaran rakyat Malaysia yang  mungkin positif dadah dan ditahan selepas berkunjung ke jiran negara itu jika termakan makanan yang mengandungi ganja.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihak keselamatan di sempadan tidak menahan  semua orang yang pulang  dari Thailand.

“Tetapi apabila ditahan dan periksa, mungkin ada kesalahan yang dilakukan dan apabila dibuat ujian saringan air kencing dan keputusannya positif, maka dia kena jawablah sebab apa positif,” katanya.

Mengenai kawalan pintu sempadan berikutan Thailand membenarkan penanaman ganja, Hamzah berkata, kawalan akan dipertingkatkan kerana kini lebih mudah untuk mendapatkan ganja di negara jiran itu.

“Perancangan utama kita sememangnya akan memperketat dan meningkatkan kawalan di pintu masuk yang bersempadan dengan Thailand dan  saya akan umumkan tak lama lagi berkenaan rancangan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya