Hafizh masih tercari mata pertama di WSBK - Utusan Malaysia

Hafizh masih tercari mata pertama di WSBK

HAFIZH Syahrin Abdullah masih mencari rentak terbaik di WSBK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun masih gagal mengutip mata pada pusingan pertamanya dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap optimis tuah akan menyebelahinya pada pusingan keempat di Emilia Romagna, Jumaat ini.

Selepas melengkapkan tiga pusingan dan mengharungi sembilan perlumbaan, Hafizh masih gagal mengutip sebarang mata dengan pencapaian terbaiknya adalah menduduki tangga ke-17 pada perlumbaan kedua di Litar Assen, Belanda, April lalu.

“Saya akui masih bergelut dengan jentera sedia ada, keserasian itu sudah ada, cuma untuk lebih laju dan memperbaharui masa itu kurang memuaskan.

“Pada perlumbaan akan datang, saya mengharapkan akan ada benda baharu untuk jentera saya dan peluang untuk ujinya sebelum perlumbaan bermula,” kata Hafizh kepada Utusan Malaysia.

Situasi ini mirip dengan keadaan Hafizh ketika tahun terakhirnya dalam perlumbaan Moto2 pada Kejuaraan Dunia bersama pasukan NTS RW Racing apabila bergelut di awal perlumbaan ekoran masalah jentera

Hafizh yang berpengalaman selama 11 tahun dalam saingan kejuaraan Moto2 dan MotoGP yang kini menunggang jentera CBR 1000 RR-R enggan menjadikan ia sebagai alasan dan berusaha untuk berbincang dengan kru pasukan bagi meningkatkan prestasi motosikalnya.

“Memang ada perbezaan antara jentera yang digunakan untuk dua saingan ini, namun saya akan berusaha dan mengharapkan perlumbaan di Misano akan ada keputusan yang positif untuk saya dan pasukan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya