BARCELONA: Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartaro terselamat dari pelbagai drama sepanjang 25 pusingan perlumbaan di Grand Prix Barcelona untuk memenangi perlumbaan di litar Catalunya yang berakhir sebentar tadi.
Terdahulu, tiga pelumba Takaaki Nakagami, Peco Bagnaia serta Alex Rins hanya sempat berlumba beberapa saat apabila terlibat dalam kemalangan di awal perlumbaan.
Malang pula buat Aleix Espagaro yang terpaksa berputih mata kerana membuat kesilapan dengan memperlahankan jenteranya pada pusingan terakhir.
Dia bertindak demikian kerana menyangka perlumbaan telah tamat namun kembali mengejar tetapi semuanya telah terlambat apabila sekadar meraih tempat kelima.
Untuk Quartararo, ini merupakan kemenangan yang keempat musim ini, selepas menjuarai GP Assen, British dan Portugal sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 147 mata.
Manakala Ducati Pramac boleh berbangga apabila kedua pelumbanya Jorge Martin dan Johan Zarco masing masing raih kedudukan kedua dan ketiga. – AGENSI