Bangladesh mahu bikin Malaysia 'berputih mata' - Utusan Malaysia

Bangladesh mahu bikin Malaysia ‘berputih mata’

Ketua jurulatih Bangladesh, Javier Fernandez.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Bangladesh, Javier Fernandez mahu anak-anak buahnya melakukan kejutan ke atas Malaysia dalam pertembungan terakhir Kumpulan E dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 malam ini.

Fernandez berkata, Malaysia dilihat lebih tertekan berbanding Bangladesh kerana beraksi di laman sendiri selain berada di kedudukan lebih tinggi dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu katanya, pemain-pemain Bangladesh juga tidak berdepan sebarang masalah untuk turun beraksi di hadapan ribuan penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

“Semua tekanan dilihat lebih kepada Malaysia kerana mereka bermain di laman sendiri, berada di ranking lebih tinggi selain ini peluang mereka untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia.

“Ini juga boleh jadi peluang yang terbaik untuk kami. Saya fikir pasukan sudah mempamerkan persembahan positif sebelum ini namun, berdepan Malaysia, saya mahu berikan sesuatu kepada penyokong,” katanya dalam sidang akbar semalam.

Bangladesh yang ketika ini menduduki tangga ke-188 dunia menghuni tangga tercorot Kumpulan E tanpa sebarang mata selepas tewas kepada Bahrain 0-2 dan 1-2 kepada Turkmenistan.

Dalam pada itu, Fernandes turut meluahkan kekecewaan apabila anak-anak buahnya kemungkinan tidak dapat mempamerkan aksi sebenar ekoran keadaan padang yang tidak begitu baik.

“Keadaan padang menyukarkan untuk pasukan bermain seperti apa yang telah dirancang. Malaysia pasukan yang kuat dan mempunyai pemain yang berkualiti, kami tidak menumpukan kepada mana-mana pemain, apa yang penting kami perlu kekalkan mentaliti,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya