Bandar Baru Perindustrian Tok Bali- RKKTB 2045

Bandar Baru Perindustrian Tok Bali- RKKTB 2045

AHMAD Yakub (tengah) menyampaikan sumbangan insentif kepada pelajar cemerlang di majlis perasmian Dataran Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Rancangan Kawasan Khas Tok Bali (RKKTB) 2045 bakal menyaksikan pembangunan pesat Bandar Baru Perindustrian Tok Bali hasil penambah baik proses pembangunannya yang dirangka sejak tahun 2012.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi RKKTB sebuah bandar baru yang berteraskan  ekonomi, perikanan dan pelancongan akan direalisasikan.

Menurutnya, lokasi berkenaan akan turut dilengkapkan dengan pusat pentadbiran kerajaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan juga institusi pendidikan.

“Di bawah perancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kilang-kilang perindustrian akan dibangunkan dengan membabitkan kawasan seluas lebih 88 hektar di Gong Kulim dengan kedudukan strategik pelabuhan Tok Bali dan cadangan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT) menjadi faktor penarik untuk menarik pelabur.

“Pembangunan Tok Bali Integrated Fisheries Park (TBIFB) seluas 6.9 hektar membabitkan pembangunan kilang, pejabat dan pusat latihan akan dibina bersebelahan dengan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Dataran Bahtera Tok Bali, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata lokasi TBIFB kini telah dibangunkan dengan kilang ais (air batu) bagi kemudahan pengusaha perikanan dengan kos RM9 juta yang bakal siap pada September tahun ini.

Menurutnya, pembangunan bercampur Residensi Prima Tok Bali di kawasan seluas 12 hektar menerusi usahasama  Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan Syarikay BBGM Development  melibatkan 500 unit rumah setingkat dan dua tingkat yang hampir siap bakal memeriahkan bandar baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya