Azeem sedia beraksi di Olahraga Remaja Dunia - Utusan Malaysia

Azeem sedia beraksi di Olahraga Remaja Dunia

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Usain Bolt Malaysia’, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yakin dia berada di atas landasan yang betul bagi menyertai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Colombia, 1 Ogos ini.

Azeem berkata demikian berdasarkan pencapaian cemerlang ketika memecah rekod acara 100 meter dua kali dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perak di Stadium Perak, semalam.

Pelumba berusia 18 tahun itu kali pertama mencatat 10.37s untuk memadam catatan lama 10.49s di separuh akhir diikuti 10.28s dalam final pada sebelah petang.

“Saya gembira dengan pencapaian ini kerana berada dalam sasaran untuk ke Colombia. Kami mensasar catatan sekitar 10.30s sebelum ke Remaja Dunia ini dan saya bersyukur dapat melakukannya.

“Ini catatan terbaik saya masa ini dan berbangga dengannya tetapi ia tidak terhenti di sini sahaja. Insya Allah saya dan jurulatih akan meneruskan usaha untuk memperbaiki catatan ini,” katanya .

Bagi kejayaannya itu, Azeem yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dengan memungut 6A dan 2B menerima sumbangan khas dari Exco Belia Sukan Negeri Khairul Shahril Mohamad yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan akhir itu.

“Kejayaan Azeem ini membuktikan atlet juga boleh berjaya dalam bidang pelajaran. Malah selain Azeem, 24 atlet yang sedang membuat persiapan untuk ke Sukma nanti turut mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM baru lalu

“Kami akan beri anugerah khas kepada semua mereka itu,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya