Azeem belum ada jawapan - Utusan Malaysia

Azeem belum ada jawapan

Muhammad Azeem Mohd. Fahmi (tengah) memenangi emas 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 di Stadium Perak, Ipoh, tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Usain Bolt’ Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi belum buat keputusan mengenai tawaran melanjutkan pelajarannya setakat ini.

Menurut bapa Azeem, Mohd Fahmi Tajuid atlet itu sedang menimbang semua tawaran dari universiti tempatan dan luar negara.

“Dia belum buat keputusan kerana sedang menimbang semua tawaran. Doakan yang terbaik untuknya,” kata Fahmi.

Jaguh pecut remaja negara itu ditawar mengikuti kursus Sains Sukan peringkat Diploma beserta biasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Tanjong Malim .

Azeem juga sedang berbincang dengan jurulatih Winona State University, Amerika Syarikat(AS).

“UiTM juga mahu mengadakan perbincangan dengannya,”ujarnya.

Apapun Fahmi yang juga seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Teluk Intan yakin mereka anak beranak akan meneliti dan mengkaji setiap aspek dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain cemerlang dalam bidang olahraga, Azeem, 18 juga cemerlang dalam pelajaran.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Perak itu, Sekolah Menengah Gunung Rapat Ipoh mencatat 6A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 .

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya