Ziyad mahu ke venue lebih awal - Utusan Malaysia

Ziyad mahu ke venue lebih awal

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengambil pendekatan selamat apabila ingin turun ‘lebih awal’ ke Stadium Nasional My Dinh esok bagi membolehkan penyertaannya di Sukan SEA Vietnam 2021 berjalan lancar.

Tindakan itu dibuat selepas melihat masalah pengangkutan dan juga keadaan trafik di bandaraya terutama Hanoi yang agak sesak sekali gus mahu memastikan episod duka di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak lagi berulang.

“Kalau diikutkan kena awal. Seperti yang saya lihat pada pertandingan hari ini (semalam), kena awal datang ke sini, paling tidak tiga atau empat jam lebih awal.

“Saya bimbang juga sekiranya terjadi lagi peristiwa dulu sewaktu di Paralimpik Tokyo 2020. Jadi, saya mengambil pendekatan selamat dan mahu lebih berhati-hati kali ini,” kata Ziyad.

Ziyad yang mula menyertai temasya Sukan SEA pada 2017 di Kuala Lumpur berjaya meraih pingat gangsa dan selepas itu atlet berusia 32 tahun tersebut berjaya mengubah warna pingat kepada perak di Filipina 2019.

Pada penyertaan ketiga di Sukan SEA, Ziyad tekad untuk memburu pingat emas pertamanya meskipun sedar ia bukan satu misi mudah.

“Alhamdulillah persiapan ke Sukan SEA berjalan lancar. Saya hanya teruskan persiapan dari Paralimpik Tokyo saja untuk dibawa ke Sukan SEA. Persiapan sudah berlangsung dengan baik untuk saya cuba mencapai satu kejayaan di sini.

“Di sini, saya jumpa pesaing yang berada di tahap berbeza. Kalau boleh saya nak sesuatu yang lebh daripada Paralimpik Tokyo. Buat masa ini, perasaan itu sama seperti di Tokyo lagi.

“Jadi saya nak lihat sama ada ia mampu dilakukan di sini ataupun tidak, dan saya akan cuba sebaik mungkin,” kata Ziyad yang pernah merangkul emas di Paralimpik Rio 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya