KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) memberi gambaran tidak akan bergerak secara solo menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada masa ini keutamaan Warisan adalah untuk memperkukuhkan kedudukan parti terlebih dahulu sebelum membentuk kerjasama dengan parti-parti lain.
Beliau berkata, pintu kerjasama sentiasa terbuka namun, keutamaan mereka adalah untuk memperkuatkan parti.
“Saya tidak mahu kerjasama yang dibentuk melemahkan kita kerana apabila kita berada dalam blok pembangkang, kita berada di pihak yang lemah jadi, kalau kita tidak memperkuatkan parti, kita akan ditekan,” katanya selepas majlis pelancaran Warisan Care di Ibu Pejabat Warisan hari ini.- UTUSAN