Saya sudah beri sehabis baik - Zaidatul - Utusan Malaysia

Saya sudah beri sehabis baik – Zaidatul

Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah (tengah) menamatkan perlumbaan final 200m di tempat kelima di Sukan SEA, Hanoi di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Atlet olahraga negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada dua lagi baki acara iaitu 4×100 meter (m) dan 100 meter wanita selepas menamatkan perlumbaan final 200m di tempat kelima, sebentar tadi.

Zaidatul berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dalam lariannya di Stadium My Dinh hari ini namun perancangan teknik larian dilakukannya tidak menjadi seperti dirancang dan akur hanya dapat melakukan catatan masa 24.07 saat (s).

“Saya sudah melakukan sehabis baik tetapi tidak ada rezeki. Saya akan cuba lagi dalam acara 100m dan 4x100m nanti,” kata Zaidatul yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi Veronica Shanti Pereira yang mencatat 23.52s manakala gandingan kembar dari Filipina, Kyla Ashley Richardson dan Kayla Anise Richardson masing-masing meraih perak dan gangsa dengan catatan 23.56s dan 23.87s.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Siti Fatima Mohamad melengkapkan larian acara final dengan mencatat 25.29s untuk berada di tangga kelapan daripada lapan peserta.

“Sebenarynya saya cuba mendapatkan rentak larian tetapi mungkin pada penghujung larian, ia sedikit tak menjadi. Apapun, saya masih mahu untuk memberi tumpuan penuh dalam acara seterusnya,” katanya.

Pada acara saringan di sebelah pagi, Zaidatul berada di tempat ketiga daripada enam peserta dengan catatan 24.20s manakala Siti di tempat ketiga daripada lima peserta melakukan 25.91s.

Manakala dalam acara final lelaki, Muhammad Arsyad Md Saat melakukan 20.95s untuk berada di tempat keempat keseluruhan manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa melengkapkan perlumbaan dengan 21.24s untuk berada di tempat keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya