Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas solat subuh di masjid - Utusan Malaysia

Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas solat subuh di masjid

GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dipercayai hilang selepas keluar keluar dari rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Cheras dekat kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.56 pagi itu, Muhammad Al Muizz Almawardi dikatakan telah keluar dari rumah untuk solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan dekat sini pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Izham Jaafar berkata, bagaimanapun sehingga ke hari ini Muhammad  Al Muizz dilaporkan masih belum pulang ke rumahnya.

Kata beliau, susulan daripada itu, satu laporan polis telah diterima pihaknya berhubung kejadian. 

“Kali terakhir remaja itu dilihat adalah memakai kemeja berlengan panjang warna hitam selain seluar hitam dan membawa beg galas warna coklat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, SM Mohd Shahrizal Ishak Sawi di talian 019-3637813, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Izham menasihatkan agar ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya