Real Madrid julang kejuaraan La Liga kali ke-35

Real Madrid julang kejuaraan La Liga kali ke-35

PEMAIN Real Madrid meraikan kejayaan muncul juara La Liga buat kali ke-35.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid melebarkan rekod hebat merangkul kejuaraan La Liga buat kali ke-35 selepas membelasah Espanyol 4-0 di Santiago Bernabeu yang sesak malam tadi.

Kemenangan itu juga menjadikan jurulatih mereka, Carlo Ancelotti sebagai pengurus pertama memenangi kejuaraan dalam lima liga terbaik Eropah – England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis.

LAUTAN putih penyokong Real Madrid membanjiri Stadium Santiago Bernabeu.

Dua gol Rodrygo meletakkan Real mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum Marco Asensio menambah gol ketiga di minit ke-55 dan penjaring terbanyak La Liga, Karim Benzema meledak gol keempat pada minit ke-81.

Benzema menjulang trofi selepas dibawa masuk dari bangku simpanan pada lewat babak kedua ketika Ancelotti merehatkan beberapa tonggak sebagai persediaan menerima kunjungan Manchester City dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, Khamis ini.

CARLO Ancelotti dijulang pemainnya.

Real mengumpul 81 mata ketika saingan berbaki empat perlawanan, 17 mata di depan pasukan tangga kedua, Sevilla dan 18 mata mengatasi Barcelona.

Ia adalah hari ‘memecah rekod’ buat tonggak pertahanan, Marcelo, yang memenangi piala ke-24 bersama Real untuk menjadi pemain yang paling banyak merangkul trofi dalam sejarah 120 tahun kelab itu.

“Ia kegembiraan yang amat besar. Kami mahu menang seawal mungkin, dan kejayaan ini wajar diraihkan.

“Hari ini kami perlu bergembira tetapi kami mempunyai perlawanan penting yang menanti. Jika kami melakukannya dengan betul, tiada apa yang perlu dibimbangkan,” kata Marcelo yang bersedia untuk bertemu City, Khamis depan.

Sementara itu, Ancelotti percaya kemenangan boleh membantu menaikkan semangat pemainnya untuk bangkit mengatasi skuad bimbingan Pep Guardiola.

“Sambutan seperti ini boleh membawa tenaga tambahan ke bilik persalinan, ia boleh menjadi satu lagi motivasi untuk menghadapi tugasan yang begitu sukar menentang pasukan yang hebat,” kata pengendali dari Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya