Pasukan lelaki gimnastik Malaysia dikecewakan Singapura - Utusan Malaysia

Pasukan lelaki gimnastik Malaysia dikecewakan Singapura

Zulbahrin Mat Asri dan gimnas muda lain berpotensi untuk meraih pingat pada penampilan edisi akan datang dalam acara gimnastik artistik berpasukan lelaki di Kemboja tahun depan.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Skuad lelaki negara terpaksa berputih mata dalam acara berpasukan gimnastik artistik di Pusat Gimnasium Quan Ngua, sebentar tadi selepas sekadar menamatkan kedudukan keseluruhan di tangga keempat.

Pingat emas menjadi milik tuan rumah, Vietnam selepas gimnas mereka mengumpul markah keseluruhan 331.250 mata manakala perak menjadi milik Filipina meskipun mempertaruhkan juara dunia, Carlos Yulo apabila mencatat 301.600 mata.

Dalam pada itu, harapan skuad negara untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa tidak kesampaian apabila diatasi pasukan jiran, Singapura yang berjaya mengutip 297.650 mata manakala Malaysia sekadar meraih 295.850 mata

Skuad negara dibarisi gimnas, Luqman Al Hafiz Zulfa, Ng Chun Chen, Zulbahrin Mat Asri, Tan Fu Jie, Teoh chuen Feng dan Muhammad Sharul Aimy bagaimanapun dilihat mempunyai potensi besar untuk meraih pingat pada Sukan SEA akan datang.

Perkara itu diakui jurulatih, Ng Shu Wai berkata, mereka adalah skuad muda dan untuk Sukan SEA Kemboja tahun depan dia yakin gimnas berkenaan akan lebih matang dan mampu menghadirkan pingat.

“Ini skuad muda dan kali pertama mereka beraksi di Sukan SEA, jadi untuk edisi seterusnya saya yakin dan percaya mereka mampu meraih pingat. Untuk di sini mereka berpotensi tetapi masih belum cukup lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sebanyak lima negara menyertai acara itu iaitu Malaysia, Filipina, Vietnam, Singapura, dan Thailand. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya