PETALING JAYA: Malaysia menrima penghormatan memenangi pingat emas pertama Sukan SEA 2021 selepas penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri muncul juara acara 1 meter papan anjal wanita di Hanoi, sebentar tadi.
Lebih manis lagi, Malaysia yang merupakan gergasi terjun Asia Tenggara turut menggondok pingat perak menerusi penerjun remaja, Kimberly Bong.
Nur Dhabitah, 22, yang bakal membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan temasya, Khamis ini memenuhi statusnya sebagai penerjun OIimpik apabila mencatat 57.60 mata pada terjunan pertama di Pusat Akuatik My Dinh.
Dia kemudian engumpul 290.45 mata keseluruhan untuk memenangi pingat emas Sukan SEA kelimanya sejak membuat penampilan sulung pada 2013.
Rakan senegaranya yang berusia 19 tahun, Kimberly menjadikan kedudukan satu dua untuk Malaysia dengan 230.0 mata, manakala penerjun tuan rumah, Ngo Phuong Mai (224.0 mata) meraih gangsa. – UTUSAN ONLINE