Kerajaan kena waspada dengan penyakit cacar monyet - Utusan Malaysia

Kerajaan kena waspada dengan penyakit cacar monyet

BALJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin digesa supaya lebih terbuka dalam memberi penjelasan berhubung jangkitan virus cacar monyet di negara ini.

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, ini kerana kerajaan pada masa ini seolah-olah menyatakan Malaysia tidak menghadapi ancaman sebenar wabak cacar monyet.

Begitupun katanya, Malaysia perlu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan kerana sempadan negara kini dibuka kepada pengembara antarabangsa.

”Adakah sebarang prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan susulan dilaksanakan untuk memastikan pengembara dari negara yang terjejas memantau diri dan diperiksa sekiranya dikesan berlaku gejala cacar monyet pada mereka.

”Virus ini mungkin satu lagi bom jangka, Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) mesti bertindak untuk meredakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai jangkitan virus ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan memantau dengan teliti wabak cacar monyet yang telah menjejaskan negara di benua Eropah, Afrika dan Amerika, serta Australia.

Menurut Baljit, walaupun pakar kesihatan menasihatkan orang ramai yang melancong ke luar negara supaya mengambil vaksin cacar air namun tiada penjelasan daripada pihak berkuasa sama ada hospital kerajaan dan swasta mempunyai bekalan vaksin mencukupi bagi membendung virus berkenaan.

”Walaupun dilaporkan penyakit cacar ini mungkin jarang membawa maut kepada manusia, Malaysia tidak seharusnya membuang masa.

”Kita harus memperkenalkan langkah berjaga-jaga untuk mengehadkan penularan wabak ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya