Keluarga lega, Yap Kelvin selamat ditemukan di Puchong

Keluarga lega, Yap Kelvin selamat ditemukan di Puchong

WONG Chwee Foon (dua dari kanan) dan suaminya, Yap Ban Kim bersama anaknya, Yap Kelvin (terbaring) dan Koh Kim Swee (kiri) ketika ditemui pemberita di Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki berusia 25 tahun, Yap Kelvin yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini, telah ditemukan di sebuah premis makanan di Puchong, Selangor pada 21 Mei lalu.

Ibu lelaki tersebut, Wong Chwee Foon, 56, berkata, anaknya yang hilang sejak 3 Mei lalu itu ditemukan dalam keadaan selamat dan ia hasil tersebarnya maklumat mengenai kehilangan anaknya itu di media sosial serta akhbar.

Katanya, sejak tersebarnya maklumat kehilangan berkenaan pada 12 Mei lalu, dia dan suami, Yap Ban Kim, 56, menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang memberikan kata-kata semangat serta menyatakan harapan agar Yap Kelvin akan ditemukan.

“Sabtu lepas kira-kira pukul 7 malam, saya terima panggilan dari seorang rakan anak saya itu, yang memaklumkan terlihat anak saya namun tidak pasti kerana keadaan rambut Yap Kelvin yang sudah panjang.

“Mula-mula sampai sahaja di Puchong, saya terus membuat laporan polis kerana mahu mereka membantu saya mengesan anak yang dikatakan berada di lokasi berdekatan.

“Polis yang telah menemui anak saya kemudian segera maklumkan kepada saya. Apabila terlihat saya sahaja, anak saya mahu pulang, pakaiannya masih pakaian yang sama walaupun sudah hilang 17 hari,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita di Taman Indah di sini, ketika kunjungan Pengerusi MCA Tampin, Koh Kim Swee ke rumahnya itu hari ini.

Utusan Online pada 12 Mei lalu melaporkan sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai bagi membantu mencari anak lelaki bongsu mereka yang hilang sejak 3 Mei lalu. 

Menurut Chwee Foon, anaknya itu telah dibawa ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut dan akan menjalani rawatan susulan termasuk bertemu pakar kesihatan mental. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya