Generasi ketiga teruskan legasi Dodol Warisan Tok

Generasi ketiga teruskan legasi Dodol Warisan Tok

MUHAMAD Azman Ab. Rahim (kanan) bersama pekerja mengacau dodol yang dimasak di bazar Aidilfitri di pekan Kulim, Kedah. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dodol Warisan Tok antara dodol yang popular dalam kalangan penduduk di negeri-negeri di utara Semenanjung pada musim perayaan Aidilfitri.

Pengusahanya, Muhamad Azman Ab. Rahim, 31, berkata, dia memasak dodol tersebut di bazar Aidilfitri di pekan ini sebelum dijual kepada pelanggan.

Katanya, sebanyak 150 kawah dodol dimasak pada musim perayaan ini bermula awal Ramadan lalu.

Katanya, dodol yang dimasak itu bukan sahaja dijual di bazar Aidilfitri di pekan ini tetapi di bazar Aidilfitri di Sungai Petani dan Tasek Gelugur, Pulau Pinang.

“Dodol yang dihasilkan itu warisan daripada ayah, Ab. Rahim Sutan, 68, yang sebelum ini juga peniaga dodol.

“Ayah pula sebelum ini meneruskan perniagaan daripada nenek saya, Che Jam Awang yang lebih mesra dengan panggilan Tok Jam sejak tahun 70-an,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Muhamad Azman memberitahu, dia sebelum ini menjual dodol yang siap di gerai bazar Aidilfitri bagaimanapun, pada tahun ini mendapat idea untuk masak di kawasan tersebut agar orang ramai dapat melihat proses membuat dodol.

“Kami memasak dua kawah dodol sesi pertama bermula pukul 5 petang dan sesi kedua pula pukul 10 malam, setiap kawah mengambil masa kira-kira 4 jam lebih untuk masak.

“Seramai enam orang pekerja bergilir-gilir untuk mengacau tanpa henti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya