Warga emas meninggal dunia, tidak sempat berbelanja barang dapur

Warga emas meninggal dunia, tidak sempat berbelanja barang dapur

KEADAAN basikal Mohamad Awang yang mengalami kerosakan selepas terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 14, Jalan Benta ke Jerantut berdekatan Kampung Kemahang, Benta ,Lipis, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Hasrat seorang warga emas untuk berbelanja barang dapur tidak kesampaian apabila dia terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Benta-Jerantut, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, mangsa, Mohamad Awang, 66, yang berasal dari Kemahang, Benta dekat sini meninggal dunia di Hospital Lipis semasa menerima rawatan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis bahagian trafik di sini menerima maklumat daripada orang ramai tentang kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah basikal berlaku di lokasi tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati basikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Benta menghala ke Jerantut untuk membeli barangan dapur.

“Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Wira 1.6 dipandu oleh Mohd. Yunus Harun yang juga warga emas berusia 62 tahun dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan basikal yang ditunggangi warga emas tersebut dan berlakulah pelanggaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan. parah dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita menerima maklumat Hospital Lipis bahawa mangsa yang juga penunggang basikal dalam kejadian kemalangan ini telah meninggal dunia semasa menerima rawatan pukul 5.42 petang semalam. 

“Sebab kematian mangsa dipercayai mengalami kecederaan di dada akibat kemalangan tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, kes kemalangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya